PENGENALAN
Penyelesaian
masalah adalah sebuah proses bagaimana individu menggunakan pengetahuan sedia
ada, kemahiran dan segala pemahaman untuk mengenal pasti suatu keadaan yang
berbeza dan luar biasa dari keadaan lazimnya berlaku. Salah satu matlamat
pendidikan matematik adalah mengajar kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah.
Oleh itu, guru harus memastikan murid berjaya menyelesaikan masalah dengan
menggunakan strategi-strategi tertentu. Program pendidikan matematik yang
seimbang bukan sahaja harus terdiri daripada pembelajaran konsep matematik dan
penguasaan kemahiran-kemahiran asas matematik. Ia juga harus melibatkan murid
memperkembangkan kebolehan untuk berfikiran secara matematikal.
Masalah adalah satu situasi di mana seorang individu yang menghadapinya tidak
mempunyai cara tertentu untuk menyelesaikannya. Oleh yang demikian, pengetahuan
yang dimiliki oleh orang itu mestilah digabungkan dalam cara baru untuk
menyelesaikan sesuatu masalah.Pengertian masalah lagi dengan dengan membezakan
pengertian istilah-istilah saoalan, latihan dan masalah. Soalan merupakan suatu
situasi yang boleh diselesaikan dengan mengingat semula dan menghafal. Latihan
pula adalah suatu situasi yang melibatkan latih tubi yang mengukuhkan kemahiran
menggunakan suatu algoritma yang telah diajar. Manakala masalah ialah suatu
situasi yang memerlukan analisis dan sintesis pengetahuan yang telah dipelajari
untuk menyelesaikannya.
Sesuatu masalah harus memenuhi tiga syarat iaitu penerimaan, sekatan dan
penerokaan. Seseorang itu harus menerima masalah itu dan mempunyai motivasi
luaran atau dalaman yang tinggi serta keinginan untuk mengalami keseronakan
dalam menyelesaikan masalah itu. Harus diingat, cubaan awal seseorang individu
untuk menyelesaikan masalah biasanya tidak berhasil kerana adanya sekatan atau
halangan. Penglibatan peribadi individu dalam mencari penyelesaian harus
melibatkan cara baru dengan meneroka untuk mengatasi masalah tersebut.
Secara ringkasnya penyelesaian masalah adalah apa yang dilakukan bila kita
tidak tahu apa yang hendak dibuat. Penyelesaian masalah timbul apabila anda
berdepan dengan suatu masalah dan anda tidak pasti cara bagaimana
menyelesaikannya.
No comments:
Post a Comment