anda yang ke >>

Wednesday, 25 April 2012

strategi membuat jadual :)


SOALAN PENYELESAIAN MASALAH 
Soalan 1
Cikgu kassim ada 176 batang pensel. Dia membeli 26 batang pensel kepada Muthu. Baki pensel itu dibahagikan secara sama banyak kepada Siti, Kim Seng, dan Shanti. Tentukan bilangan pensel yang diterima oleh Siti. 


STRATEGI MEMBUAT JADUAL
Strategi ini membantu mempamerkan maklumat dalam bentuk carta, jadual dan graf supaya ia boleh dibaca dan ditafsirkan dengan cepat dan mudah. Graf boleh digunakan untuk menunjukkan perhubungan antara dua atau lebih set  kumpulan fakta atau maklumat. Maklumat ini boleh dipamerkan sebagai piktograf, carta bar atau graf garis. Anda perlu mahir membaca carta, jadual ataupun graf untuk mendapatkan maklumat dan kemudian belajar bagaimana membina carta tersebut untuk melaporkan maklumat. Membaca dan membina graf adalah kemahiran yang perlu dikuasai sebelum mentafsir, menganalisis dan menggunakan maklumat. Strategi ini membolehkan anda melihat hubungan dan pola maklumat.
PENYELESAIAN
Langkah 1 : Memahami Masalah
-          Cikgu Kassim ada 176 batang pensel
-          26 batang pensel diberikan kepada Muthu
-          Selebihnya dibahagiakan sama rata kepada Siti, Kim Seng, dan Shanti
-          Tentukan bilangan bilangan pensel yang diberikan kepada Siti

Langkah 2 : Membuat Rancangan
-          Muthu mendapat sebanyak 26 batang pensel daripada Cikgu Kassim.
-          Siti, Kim Seng, Shanti diletakkan x sebagai simbol untuk mempermudahkan penyelesaian.

Langkah 3 : Melaksanakan Rancangan
Muthu
Siti
Kim Seng
Shanti
Jumlah
26
x
x
x
176

Pengiraan :
26 + x + x + x = 176
176 – 26 = x + x + x
150 = x + x + x
150 = 3x
150 ÷ 3 = x
50 = x

Langkah 4 : Semak Semula
50 = x
150 ÷ 3 = x
150 = 3x
150 = x + x + x
176 – 26 = x + x + x
26 + x + x + x = 176

JAWAPAN :  X = 50 batang pensel, Siti mendapat 50 batang pensel

No comments:

Post a Comment