anda yang ke >>

Wednesday, 25 April 2012

strategi melukis gambar rajah :)


SOALAN PENYELESAIAN MASALAH
SOALAN 1
Cikgu kassim ada 176 batang pensel. Dia membeli 26 batang pensel kepada Muthu. Baki pensel itu dibahagikan secara sama banyak kepada Siti, Kim Seng, dan Shanti. Tentukan bilangan pensel yang diterima oleh Siti.
STRATEGI MELUKIS GAMBAR RAJAH
Melakar dan melukis gambarajah adalah satu strategi yang boleh membantu dalam penyelesaian masalah. Pelajar dapat menterjemahkan masalah dalam bentuk matematik dengan melukis rajah atau gambar yang sesuai kerana gambarajah menjadi perantara antara konkrit dan abstrak. Gambarajah yang dilukis haruslah kemas, tepat dan mengikut skala
PENYELESAIAN
Langkah 1 : Memahami Masalah
-          Cikgu Kassim ada 176 batang pensel
-          26 batang pensel diberikan kepada Muthu
-          Selebihnya dibahagiakan sama rata kepada Siti, Kim Seng, dan Shanti
-          Tentukan bilangan bilangan pensel yang diberikan kepada Siti

Langkah 2 : Membuat Rancangan
-          26 batang pensel ditolak daripada 176 batang pensel Cikgu Kassim
-          Tentukan bakinya yang dibahagikan sama rata kepada Siti, Kim Seng, dan Shanti



Langkah 3 : Melaksanakan Rancangan
-          Daripda gambar rajah di atas, 176 batang pensel Cikgu Kassim telah ditolak sebanyak 26 batang pensel dan diberikan kepada Muthu.
-          Selebihnya sebanyak 150 batang pensel dan dibahagiakan kepada 3 bahagian untuk diberikan kepada Siti, Kim Seng dan Shanti. Setiap orang memperoleh sebanyak 50 batang pensel.
Pengiraan :
176 – 26 = 150
150 ÷ 3 = 50

Langkah 4 : Semak Semula
-          50 × 3 = 150
-          150 + 26 = 176

JAWAPAN :  Siti mendapat 50 batang pensel

No comments:

Post a Comment