SOALAN PENYELESAIAN MASALAH
SOALAN 2
Sebungkus gula-gula diagihkan kepada Ali
dan Ahmad. Bilangan gula-gula yang diperoleh Ali adalah 3 kali bilangan
gula-gula yang diperoleh Ahmad. Jika Ali mendapat 240 biji gula-gula. Kira
jumlah gula-gula di dalam bungkusan itu.
STRATEGI MELUKIS GAMBAR RAJAH
Melakar dan
melukis gambarajah adalah satu strategi yang boleh membantu dalam penyelesaian
masalah. Pelajar dapat menterjemahkan masalah dalam bentuk matematik dengan
melukis rajah atau gambar yang sesuai kerana gambarajah menjadi perantara
antara konkrit dan abstrak. Gambarajah yang dilukis haruslah kemas, tepat dan
mengikut skala.
Langkah 1 : Memahami Masalah
-
Sebungkus gula-gula diagihkan kepada Ali dan
Ahmad
-
Ali mendapat 3 kali ganda daripada Ahmad
-
Jika Ali mendapat 240 biji gula, maka berapa
biji gula yang ada di dalam bungkusan itu.
Langkah 2 : Membuat Rancangan
-
240 biji gula-gula Ali dibahagikan kepada 3
bahagian
-
Hasil daripada pembahgian tadi didarab 4 pula
kerana 3 bahgian Ali ditambah 1 bahagian Ahmad.
-
Berapa jumlah gula-gula yang terdapat di dalam
bungkusan itu?
Langkah 3 : Melaksanakan Rancangan
- Terdapat 6 langkah untuk melaksanakan
rancangan ini
-
1. Bungkusan yang tidak diketahui bilangannya
-
2. Ali mendapat 250 biji gula-gula
-
3. 250 biji gula-gula dibahagikan kepada 3
bahagian
-
4. Hasilnya sebanyak 80 biji gula-gula bagi
setiap bahagian
-
5. 80 biji gula-gula didarabkan kepada 4
bahagian di mana 1 bahgian Ahmad dan 3 bahagian Ali
-
6. Maka, di dalam bungkusan itu terdapat 320
biji gula-gula
Pengiraan :
250 ÷ 3 = 80 biji gula-gula
4 x 80 biji gula-gula = 320 biji
gula-gula
Langkah 4 : Semak Semula
320 biji gula-gula ÷ 4 = 80 biji gula-gula
80 biji gula-gula x 3 = 250 biji gula-gula
JAWAPAN : Jumlah keseluruhan gula-gula di dalam bungkusan ialah 320 biji
gula-gula
No comments:
Post a Comment