anda yang ke >>

Tuesday, 1 May 2012

strategi membuat jadual


SOALAN PENYELESAIAN MASALAH 
Soalan 2
Sebungkus gula-gula diagihkan kepada Ali dan Ahmad. Bilangan gula-gula yang diperoleh Ali adalah 3 kali bilangan gula-gula yang diperoleh Ahmad. Jika Ali mendapat 240 biji gula-gula. Kira jumlah gula-gula di dalam bungkusan itu.

STRATEGI MEMBUAT JADUAL
Strategi ini membantu mempamerkan maklumat dalam bentuk carta, jadual dan graf supaya ia boleh dibaca dan ditafsirkan dengan cepat dan mudah. Graf boleh digunakan untuk menunjukkan perhubungan antara dua atau lebih set  kumpulan fakta atau maklumat. Maklumat ini boleh dipamerkan sebagai piktograf, carta bar atau graf garis. Anda perlu mahir membaca carta, jadual ataupun graf untuk mendapatkan maklumat dan kemudian belajar bagaimana membina carta tersebut untuk melaporkan maklumat. Membaca dan membina graf adalah kemahiran yang perlu dikuasai sebelum mentafsir, menganalisis dan menggunakan maklumat. Strategi ini membolehkan anda melihat hubungan dan pola maklumat.
Langkah 1 : Memahami Masalah
-       Sebungkus gula-gula diagihkan kepada Ali dan Ahmad
-       Ali mendapat 3 kali ganda daripada Ahmad
-       Jika Ali mendapat 240 biji gula, maka berapa biji gula yang ada di dalam bungkusan itu.

Langkah 2 : Membuat Rancangan
-       240 biji gula-gula Ali dibahagikan kepada 3 bahagian
-       Hasil daripada pembahgian tadi didarab 4 pula kerana 3 bahgian Ali ditambah 1 bahagian Ahmad.
-       Berapa jumlah gula-gula yang terdapat di dalam bungkusan itu?
Langkah 3 : Melaksanakan Rancangan
ALI
240 (3X)
AHMAD
X
JUMLAH
Y

PENGIRAAN :
240 ÷ 3 = 80
80 X 4 (3X+X)  = Y
80 X 4 = 320

Langkah 4 : Semak Semula
80 X 4 = 320
80 X 4 (3X+X)  = Y
240 ÷ 3 = 80

JAWAPAN : Jumlah keseluruhan gula-gula di dalam bungkusan ialah 320 biji
gula-gula

No comments:

Post a Comment