SOALAN PENYELESAIAN MASALAH
Soalan 3
Ali membeli sebuah sofa dengan harga RM 6000
dan kemudian menjualnya dengan mendapat keuntungan sebanyak 25% atas harga kos sofa
itu. Dengan harga berapakah Ali menjual sofa itu?
Strategi Memudahkan Masalah
Langkah
1 : Memahami masalah.
~Kos
sofa ialah RM 6000.
~Piano
dijual semula dengan keuntungan sebanyak 25%.
~
Berapakah harga jual sofa itu? ( Harga ini mesti lebih tinggi daripada kos asal
sofa – ada keuntungan )
Langkah
2 : Membuat Rancangan
~
Untuk membuat keuntungan sebanyak 25%, Ali sudah tentu menetapkan harga jual
25% lebih tinggi daripada harga beli. Oleh itu, harga jualan ialah
125%
daripada RM 6000.
Harga
Jual = 125% X RM 6000
= 125/100 X 6000
~
Nombor-nombor terlalu besar. Oleh itu cuba selesaikan masalah yang lebih mudah.
Iaitu kecilkan angka-angka besar terlebih dahulu.
Selesaikan dan kemudiannya gunakan penyelesaian masalah kecil untuk
menyelesaikan masalah asal. Ada Dua cara :
(A)
Permudahkan nilai % kepada 10% atau 5%. Kirakan 100% X 6000;
10%
X 6000, 20% X 6000, 5% X 6000 dan jumlahkan untuk mendapat
125% X 6000.
125% X 6000.
ATAU
(B)
Permudahkan nilai 6000 kepada 60. Kirakan dan kemudian darab dengan
100, kerana 6000 = 100 X 60.
100, kerana 6000 = 100 X 60.
Langkah
3 : Melaksanakan Rancangan
(A)
100% ialah RM 6000
10%
ialah RM 600
20%
ialah RM 1200
5%
ialah RM 300
JUMLAH 125% ialah RM 7500 – Harga jualan sofa.
(B)
125/100 X 60 = 75
= 75 X 100
= RM 7500.
Langkah
4 : Semak Semula.
~
Adakah jawapan munasabah.
~
Semak Pengiraan.
~
Adakah cara yang lebih mudah lagi atau tidak?
~
Semak jawapan anda dengan cara membahagi 2 sahaja iaitu tentukan nilai 100%,
50% dan 25%.
No comments:
Post a Comment