anda yang ke >>

Tuesday, 1 May 2012

strategi melakonkan masalah :)

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH
Soalan 3


Ali membeli sebuah sofa dengan harga RM 6000 dan kemudian menjualnya dengan mendapat keuntungan sebanyak 25% atas harga kos sofa itu. Dengan harga berapakah Ali menjual sofa itu?


Strategi Melakonkan Masalah



Langkah 1 : Memahami masalah. 
~ Ali membeli sofa dan sofa itu dijual semula untuk mendapat keuntungan.
~Setelah Ali menjual semula sofa itu dengan keuntungan sebanyak 25%, berapakah harga jual sofa itu?
Langkah 2 : Merancang Strategi/ Pelan
~ Pelakon-pelakon : penjual sebagai Ali, pembeli dan sebuah sofa.
~ Duit mainan : 200 keping wang mainan RM 100
                         100 keping untuk pembeli
                         100 keping untuk penjual
Langkah 3 : Melaksanakan Strategi/ Pelan.
~ Membeli piano dengan harga RM 6000
~ Dan menjual dengan harga RM 7500-------------Keuntungan : 25 %
                                                                             JUMLAH KEUNTUNGAN : RM 1500
Langkah 4 : Semak Semula. 
~ Adakah keuntungan sebanyak RM 1500 munasabah atau tidak jika menjual dengan keuntungan 25%.
~Adakah cara yang lebih mudah lagi atau tidak? 


strategi memudahkan masalah :)


SOALAN PENYELESAIAN MASALAH
Soalan 3 
Ali membeli sebuah sofa dengan harga RM 6000 dan kemudian menjualnya dengan mendapat keuntungan sebanyak 25% atas harga kos sofa itu. Dengan harga berapakah Ali menjual sofa itu?

Strategi Memudahkan Masalah 

Langkah 1 : Memahami masalah. 
~Kos sofa ialah RM 6000.
~Piano dijual semula dengan keuntungan sebanyak 25%.
~ Berapakah harga jual sofa itu? ( Harga ini mesti lebih tinggi daripada kos asal sofa –  ada keuntungan )
Langkah 2 : Membuat Rancangan
~ Untuk membuat keuntungan sebanyak 25%, Ali sudah tentu menetapkan harga jual 25% lebih tinggi daripada harga beli. Oleh itu, harga jualan ialah
125% daripada RM 6000.  
Harga Jual    = 125% X RM 6000   
                     = 125/100 X 6000
~ Nombor-nombor terlalu besar. Oleh itu cuba selesaikan masalah yang lebih mudah. Iaitu     kecilkan angka-angka besar terlebih dahulu. Selesaikan dan kemudiannya gunakan penyelesaian masalah kecil untuk menyelesaikan  masalah asal. Ada Dua cara :
(A)  Permudahkan nilai % kepada 10% atau 5%. Kirakan 100% X 6000;
10% X 6000, 20% X 6000, 5% X 6000 dan jumlahkan untuk mendapat
125% X 6000.
ATAU
(B)  Permudahkan nilai 6000 kepada 60. Kirakan dan kemudian darab dengan 
       100, kerana 6000 = 100 X 60.
Langkah 3 : Melaksanakan Rancangan
(A)  100% ialah RM 6000
10%   ialah RM 600
20%   ialah RM 1200
 5%    ialah RM 300
                        JUMLAH 125%  ialah RM 7500 – Harga jualan sofa.
(B)  125/100 X 60 = 75
        = 75 X 100
        = RM 7500.
Langkah 4 : Semak Semula. 
~ Adakah jawapan munasabah.
~ Semak Pengiraan.
~ Adakah cara yang lebih mudah lagi atau tidak?
~ Semak jawapan anda dengan cara membahagi  2 sahaja iaitu tentukan nilai 100%, 50% dan  25%.

strategi membuat jadual


SOALAN PENYELESAIAN MASALAH 
Soalan 2
Sebungkus gula-gula diagihkan kepada Ali dan Ahmad. Bilangan gula-gula yang diperoleh Ali adalah 3 kali bilangan gula-gula yang diperoleh Ahmad. Jika Ali mendapat 240 biji gula-gula. Kira jumlah gula-gula di dalam bungkusan itu.

STRATEGI MEMBUAT JADUAL
Strategi ini membantu mempamerkan maklumat dalam bentuk carta, jadual dan graf supaya ia boleh dibaca dan ditafsirkan dengan cepat dan mudah. Graf boleh digunakan untuk menunjukkan perhubungan antara dua atau lebih set  kumpulan fakta atau maklumat. Maklumat ini boleh dipamerkan sebagai piktograf, carta bar atau graf garis. Anda perlu mahir membaca carta, jadual ataupun graf untuk mendapatkan maklumat dan kemudian belajar bagaimana membina carta tersebut untuk melaporkan maklumat. Membaca dan membina graf adalah kemahiran yang perlu dikuasai sebelum mentafsir, menganalisis dan menggunakan maklumat. Strategi ini membolehkan anda melihat hubungan dan pola maklumat.
Langkah 1 : Memahami Masalah
-       Sebungkus gula-gula diagihkan kepada Ali dan Ahmad
-       Ali mendapat 3 kali ganda daripada Ahmad
-       Jika Ali mendapat 240 biji gula, maka berapa biji gula yang ada di dalam bungkusan itu.

Langkah 2 : Membuat Rancangan
-       240 biji gula-gula Ali dibahagikan kepada 3 bahagian
-       Hasil daripada pembahgian tadi didarab 4 pula kerana 3 bahgian Ali ditambah 1 bahagian Ahmad.
-       Berapa jumlah gula-gula yang terdapat di dalam bungkusan itu?
Langkah 3 : Melaksanakan Rancangan
ALI
240 (3X)
AHMAD
X
JUMLAH
Y

PENGIRAAN :
240 ÷ 3 = 80
80 X 4 (3X+X)  = Y
80 X 4 = 320

Langkah 4 : Semak Semula
80 X 4 = 320
80 X 4 (3X+X)  = Y
240 ÷ 3 = 80

JAWAPAN : Jumlah keseluruhan gula-gula di dalam bungkusan ialah 320 biji
gula-gula

strategi melukis gambar rajah


SOALAN PENYELESAIAN MASALAH
SOALAN 2
Sebungkus gula-gula diagihkan kepada Ali dan Ahmad. Bilangan gula-gula yang diperoleh Ali adalah 3 kali bilangan gula-gula yang diperoleh Ahmad. Jika Ali mendapat 240 biji gula-gula. Kira jumlah gula-gula di dalam bungkusan itu.
STRATEGI MELUKIS GAMBAR RAJAH
Melakar dan melukis gambarajah adalah satu strategi yang boleh membantu dalam penyelesaian masalah. Pelajar dapat menterjemahkan masalah dalam bentuk matematik dengan melukis rajah atau gambar yang sesuai kerana gambarajah menjadi perantara antara konkrit dan abstrak. Gambarajah yang dilukis haruslah kemas, tepat dan mengikut skala.
Langkah 1 : Memahami Masalah
-       Sebungkus gula-gula diagihkan kepada Ali dan Ahmad
-       Ali mendapat 3 kali ganda daripada Ahmad
-       Jika Ali mendapat 240 biji gula, maka berapa biji gula yang ada di dalam bungkusan itu.

Langkah 2 : Membuat Rancangan
-       240 biji gula-gula Ali dibahagikan kepada 3 bahagian
-       Hasil daripada pembahgian tadi didarab 4 pula kerana 3 bahgian Ali ditambah 1 bahagian Ahmad.
-       Berapa jumlah gula-gula yang terdapat di dalam bungkusan itu?

 Langkah 3 : Melaksanakan Rancangan
-       Terdapat 6 langkah untuk melaksanakan rancangan ini
-       1. Bungkusan yang tidak diketahui bilangannya
-       2. Ali mendapat 250 biji gula-gula
-       3. 250 biji gula-gula dibahagikan kepada 3 bahagian
-       4. Hasilnya sebanyak 80 biji gula-gula bagi setiap bahagian
-       5. 80 biji gula-gula didarabkan kepada 4 bahagian di mana 1 bahgian Ahmad dan 3 bahagian Ali
-       6. Maka, di dalam bungkusan itu terdapat 320 biji gula-gula
Pengiraan :
250 ÷ 3 = 80 biji gula-gula
4 x 80 biji gula-gula = 320 biji gula-gula

Langkah 4 : Semak Semula
320 biji gula-gula ÷ 4 = 80 biji gula-gula
80 biji gula-gula x 3 = 250 biji gula-gula

JAWAPAN : Jumlah keseluruhan gula-gula di dalam bungkusan  ialah 320 biji    
gula-gula